Rabu, 7 September 2011

Tulang&Daging @Pasar Malam Taman Semarak, Nilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Rasanya belum terlambat lagi utk daku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA!!! Betapa kita semua masih dalam mood perayaan lagi sekarang. Rata-rata masih kelihatan bendera berkibar megah dengan banyaknya dan masih ramai yang buat rumah terbuka- almaklum ramai kita berpegang kepada RAYA KAN sebulan! Hehehe tak apalah tu, asalkan jangan membazir dan memudarat kesihatan lah ye. Bagus jua rumah terbuka , boleh jamu tetamu makan dan berkumpul serta bermaaf-maafan, eratkan silaturrahim, kan kan kan?

Hmmhh...kali ini nak cerita tentang Pasar Malam Taman Semarak Nilai yang dah sekian lama aku tak jenguk (sebab biasa beli brg dapur kat Tesco Putra Nilai jer dah sejak Tesco ada)...aku pergi dengan harapan menggunung TINGGIIIIII untuk beli Tulang Lembu dan Daging , hajat hati nak buat SUP TULANG CAMPUR DAGING. Bukan main seronok lagi anakku, Rizqin bila dah besar sikit sekarang ni, kami bawa dia pergi pasar malam sekali.

Jalan punya jalan, aku dan PakMat(suamiku) singgah di gerai yang jual Daging & Tulang la kan. Aku pun sibuk la pilih daging (based on experience sebelum ni kalau peniaga yang pilihkan, selalu dapat yang banyak lemak dari isi daging) sebab sebelum ni PakMat yang pergi sendiri seorang diri , dan dia tak reti nak pilih katanya.

Pilih punya pilih dapatlah daging 0.650kg (alah utk aku dan PakMat berdua je -cukuplah tu). Harga dia bagi = RM10. Then sambil pegang Rizqin, aku minta pula tulang 1/2 kg. dalam cahaya kuning lampunya, aku nampak pekerja gerai tu pakai sauk je tulang depan dia yang dihurungi lalat yg sangat banyak!!! aiyarkkk aku tak sempat nak pilih sendiri. Total semua = RM10 + RM 7 . Ermmh, plus pekerja yang potong daging tu rasanya bukan orang tempatan tapi mungkin dari Bangladesh atau Negara India sebab nampak dari luaran macam Muslim cuma tak berapa fasih cakap Malaysia. Lagilah keraguan dihatiku... :(

Sampai kat umah, terus aku ke dapur potong daging, alhamdulilah bersih dan dalam keadaan baik, Tup tup tang tulang, aku nampak macam ulat kecik-kecik. Then ada sepotong tulang yang aku ragui dari bahagian mana tulang tu. Aku asingkan tulang yg aku ragui utk dibuang dan yg lain tu aku try basuh bersih tapi still ada nampak mcm ulat atau kotoran putih. So, utk confirmkan yang itu adalah ulat/renga telur lalat, aku panggil PakMat utk confrimkan perkara ni. Bila PakMat datang..jenjengjengg!!! SAAAAHH!!!! TELUR LALAT!!! SAAAAANGATT BANYAAAAKK!!! siap pakmat tunjuk kat aku telur lalat yang dah berkumpul takmau tanggal!!! MasyaAllah MUJUR AKU N PAKMAT nampak. mmg ke tong sampah la jawabnya SEMUAAAA SEKALI aku buang tulang tu. Daging pon aku basuh berulang kali setiap butir sampai aku puas hati yang daging tu bersih( daging tu bersih cuma tulang yang dihuruni lalat-pelik!!!)

Alhamdulilah,terselamat kami seisi keluarga dari memakan hasil yang jijik seperti renga tu.Syukur! Tapi kecewa sikit la sebab kempunan nak buat sup tulang. Alamatnya pasni kene cari tempat lain nak beli tulang.. korang beli kat mana yer? Sebab kat TESCO NILAI & GIANT NILAI aku beli daging je selalunya. Tulang xde pon beli sana.

huuuuuhh..hampa! Haraplah sangat pihak KEMENTERIAN KESIHATAN dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) ambil berat hal-hal sebegini dengan lebih meluas, bukan sekadar memantau kebersihan peniaga dan kawasan perniagaan ketika bulan Ramadan sahaja, malah lebih-lebih lagi ketika hari biasa. Ada juga nampak Lori MPN di kawasan pasar malam itu. Harap-harap ada tindakan diambil. Kalau dari bahan mentah pon dah tak bersih, khuatir keracunan makanan pula nanti.

Kesimpulannya , perhatikan keadaan makanan atau produk yang nak dibeli, keadaan sekitar dan peniaga nya sebelum membuat keputusan membeli. Kelak menyesal bila nak masak nanti macam aku. HADUIHH! Terima kasih semua~!

Jumaat, 15 April 2011

Baby Stuff in Putra Nilai

Assalamualaikum dan hai, tadi lebih kurang jam 9pm saya , suami dan anak kami ke TESCO PUTRA NILAI. Niat hati nak mencari makanan bayi untuk bayi kami yang genap 6bulan hari ini (16/04/2011). Alhamdulilah, syukur dah besar anak ibu!

Kenapa saya lebih gemarkan TESCO PUTRA NILAI berbanding GIANT NILAI? Sebab di TESCO NILAI ada troli yang boleh letak bayi saya, untuk berbaring. Jadi, tak perlu saya gantung bayi saya di badan ( GANTUNG!!! HAHAHAHA kasar benar bunyinya), tapi anda fahamkan maksud saya? Mungkin Giant juga perlu praktikkan dan sediakan kemudahan seperti ini, sebab ianya menyelesakan kami untuk berbelanja.Senang, bila letak bayi baring dalam troli cuma saya perlu bawa alas,bantal kecil dan selimut (utk tutup bayi agar tak terlalu sejuk).

Nah, bercerita tentang barangan bayi di Putra Nilai , di Tesco, saya agak berdukacita sebab susah benar nak dapatkan susu ENFALAC langkah 1, SILVER PACK. yang ada GOLD PACK pun tak banyak . Agaknya kenapa ya? Terpaksalah suami saya pusing satu Nilai, hingga ke Grand Union, dan juga pasaraya yang baru buka cawangan berhadapan dengan Nilai Square Taman Semarak tu.Harga susu di pasaraya tu agak murah berbanding di tempat lain, tapi cepat habis stok juga.

Di TESCO PUTRA NILAI, saya pilih CERELAC BERAS+SOYA dan CERELAC BERAS MERAH untuk makanan pertama bayi saya.Wah!Tak sabar nak tunggu esok! Saya nak pakaikan dia bip dan suapkan dia makanan pertamanya!!! Lepas dah pilih makanan bayi, saya terus ke tempat produk bayi untuk pilih mangkuk dan sudu bayi pula.Hampa! Hanya 2 jenis yang saya temui. Satu untuk travel dan satu jenis lagi untuk bayi yang dah mula belajar makan sendiri.Aduhai, nak tak nak terpaksa saya ambil yang travel pack tersebut. Saya turut membeli botol susu Pureen 2x8oz dan 1x4oz, harga pun berbaloi lah untuk package BPA FREE botol macam tu.

Untuk mencari produk bayi dengan mudah sebenarnya, kita boleh ke 9 AVENUE di kawasan Giant Nilai. Disana terdapat kedai-kedai barangan bayi seperti BEBE'S HOME, ANAKKU dan lagi satu saya kurang ingat namanya, nanti saya update nama kedai itu ya.

Kalau di BEBE'S HOME, saya suka dengan JANE. Beliau sangat ramah dan membantu. Kalau sesiapa pergi ke 9 AVENUE untuk cari produk bayi, saya amat cadangkan BEBE'S HOME. Di ANAKKU BUTIK pula, pakaiannya memang cantik-cantik, tapi layanan nya, ok lah. Mungkin perlu kurangkan bersembang-sembang semasa pelanggan ada.

Erm, lagi produk barangan bayi di PUTRA NILAI, saya kurang arif dimana yang ada lagi selain di kawasan saya nyatakan.Mungkin ada.Nampaknya saya kene -GUGeL- lebih banyak ni. Sehingga bertemu lagi. Daaaa~~~~!

Khamis, 14 April 2011

Apa ada di Putra Nilai?

Apa ada di Putra Nilai?

Di Putra Nilai terdapat pelbagai komuniti. Malahan tempat membeli belah yang pernah menggemparkan negara dengan tawaran harga murah dan borongnya iaitu Nilai SQUARE (Nilai 1) dan juga Nilai 3 terdapat di kejiranan kami ini.

Semakin hari , kepesatan dan kepadatan penduduk di Putra Nilai semakin terasa. Tambahan pula kedudukan Putra Nilai yang strategik berdekatan dengan KL dan tarikan utama negara Sepang, seperti LAPANGAN TERBANG (KLIA) dan FORMULA 1 SEPANG.

Kebelakangan ini, kewujudan DATARAN NILAI dan TESCO PUTRA NILAI turut memeriahkan kehangatan suasana kami disini. Malah kami dan penduduk kawasan sekitar Putra Nilai kini mempunyai lebih pilihan selain PASAR AWAM NILAI (berdekatan Taman Semarak-JALAN Mantin) , Giant Nilai mahupun pasar-pasar malam sekitar Putra Nilai.

Dataran Nilai pula menjadi tempat riadah bagi keluarga membawa anak-anak bermain menghirup udara luar dari bangunan (tak bermakna udara luar bangunan adalah SEGAR, sebab kedudukan dataran bersebelahan Jalan-jalan UTAMA Putra Nilai). Namun bagi kami penduduk di Putra Nilai ini, ini adalah satu perubahan yang baik kerana sekurang-kurangnya terdapat perubahan di kawasan kejiranan kami ini.Tidaklah kami perlu ke SEREMBAN / KL / PUTRAJAYA jika anak-anak meminta kami , ibu bapa untuk membawa mereka bersiar di padang terbuka :D

Introduction

Hai dan selamat sejahtera. Saya merupakan salah seorang penduduk dan warga kejiranan Putra Nilai di Negeri Sembilan ini. Putra Nilai yag dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru Nilai merupaka sebuah bandar yang sedang membangun. Di blog saya ini akan saya kongsikan apa yang terdapat di Putra Nilai dari pandangan saya, kemudahan-kemudahan yang ada dan bermacam lagi. Sila lah update dan lawati blog saya selalu untuk hal-hal dan isu semasa di Putra Nilai ya? Smile :D


------------------------------------------------------------------------------------


Hi and peace. I was one of the people / neighborhood residents in Putra Nilai, Negeri Sembilan .Putra Nilai formerly known as Bandar Baru Nilai is a new-will be Modern town. In my blog I will share what is in the Putra Nilai in my opinion, the existing facilities and many more. Please visit our blog to view updated issues and things about Putra Nilai , yeah ? Smile: D


-Sorry for the broken english,i am still learning-