Rabu, 7 September 2011

Tulang&Daging @Pasar Malam Taman Semarak, Nilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Rasanya belum terlambat lagi utk daku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA!!! Betapa kita semua masih dalam mood perayaan lagi sekarang. Rata-rata masih kelihatan bendera berkibar megah dengan banyaknya dan masih ramai yang buat rumah terbuka- almaklum ramai kita berpegang kepada RAYA KAN sebulan! Hehehe tak apalah tu, asalkan jangan membazir dan memudarat kesihatan lah ye. Bagus jua rumah terbuka , boleh jamu tetamu makan dan berkumpul serta bermaaf-maafan, eratkan silaturrahim, kan kan kan?

Hmmhh...kali ini nak cerita tentang Pasar Malam Taman Semarak Nilai yang dah sekian lama aku tak jenguk (sebab biasa beli brg dapur kat Tesco Putra Nilai jer dah sejak Tesco ada)...aku pergi dengan harapan menggunung TINGGIIIIII untuk beli Tulang Lembu dan Daging , hajat hati nak buat SUP TULANG CAMPUR DAGING. Bukan main seronok lagi anakku, Rizqin bila dah besar sikit sekarang ni, kami bawa dia pergi pasar malam sekali.

Jalan punya jalan, aku dan PakMat(suamiku) singgah di gerai yang jual Daging & Tulang la kan. Aku pun sibuk la pilih daging (based on experience sebelum ni kalau peniaga yang pilihkan, selalu dapat yang banyak lemak dari isi daging) sebab sebelum ni PakMat yang pergi sendiri seorang diri , dan dia tak reti nak pilih katanya.

Pilih punya pilih dapatlah daging 0.650kg (alah utk aku dan PakMat berdua je -cukuplah tu). Harga dia bagi = RM10. Then sambil pegang Rizqin, aku minta pula tulang 1/2 kg. dalam cahaya kuning lampunya, aku nampak pekerja gerai tu pakai sauk je tulang depan dia yang dihurungi lalat yg sangat banyak!!! aiyarkkk aku tak sempat nak pilih sendiri. Total semua = RM10 + RM 7 . Ermmh, plus pekerja yang potong daging tu rasanya bukan orang tempatan tapi mungkin dari Bangladesh atau Negara India sebab nampak dari luaran macam Muslim cuma tak berapa fasih cakap Malaysia. Lagilah keraguan dihatiku... :(

Sampai kat umah, terus aku ke dapur potong daging, alhamdulilah bersih dan dalam keadaan baik, Tup tup tang tulang, aku nampak macam ulat kecik-kecik. Then ada sepotong tulang yang aku ragui dari bahagian mana tulang tu. Aku asingkan tulang yg aku ragui utk dibuang dan yg lain tu aku try basuh bersih tapi still ada nampak mcm ulat atau kotoran putih. So, utk confirmkan yang itu adalah ulat/renga telur lalat, aku panggil PakMat utk confrimkan perkara ni. Bila PakMat datang..jenjengjengg!!! SAAAAHH!!!! TELUR LALAT!!! SAAAAANGATT BANYAAAAKK!!! siap pakmat tunjuk kat aku telur lalat yang dah berkumpul takmau tanggal!!! MasyaAllah MUJUR AKU N PAKMAT nampak. mmg ke tong sampah la jawabnya SEMUAAAA SEKALI aku buang tulang tu. Daging pon aku basuh berulang kali setiap butir sampai aku puas hati yang daging tu bersih( daging tu bersih cuma tulang yang dihuruni lalat-pelik!!!)

Alhamdulilah,terselamat kami seisi keluarga dari memakan hasil yang jijik seperti renga tu.Syukur! Tapi kecewa sikit la sebab kempunan nak buat sup tulang. Alamatnya pasni kene cari tempat lain nak beli tulang.. korang beli kat mana yer? Sebab kat TESCO NILAI & GIANT NILAI aku beli daging je selalunya. Tulang xde pon beli sana.

huuuuuhh..hampa! Haraplah sangat pihak KEMENTERIAN KESIHATAN dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) ambil berat hal-hal sebegini dengan lebih meluas, bukan sekadar memantau kebersihan peniaga dan kawasan perniagaan ketika bulan Ramadan sahaja, malah lebih-lebih lagi ketika hari biasa. Ada juga nampak Lori MPN di kawasan pasar malam itu. Harap-harap ada tindakan diambil. Kalau dari bahan mentah pon dah tak bersih, khuatir keracunan makanan pula nanti.

Kesimpulannya , perhatikan keadaan makanan atau produk yang nak dibeli, keadaan sekitar dan peniaga nya sebelum membuat keputusan membeli. Kelak menyesal bila nak masak nanti macam aku. HADUIHH! Terima kasih semua~!